Pure Marine
Collagen / Rumpai Laut / Ibu Kollagen - Cara penyediaan
Pelbagai cara boleh digunakan untuk
menyediakan rumpai laut ini, antaranya ialah:
Cara yang pertama, jika anda tidak tahan dengan bau hanyir rumpai laut.
- Basuh
rumpai laut, ramas-ramas seperti basuh beras 5-6 kali, untuk membuang
hablur garam air laut
-
Rendam rumpai laut yang telah dibasuh antara
3-8 jam (elakkan rendam semalaman kerana khasiat rumpat akan berpindah ke
air rendaman, memang rumpai laut akan jadi agak berbau, kerana ia adalah
tumbuhan dalam air laut)
- Tapis
air rendaman tadi dan basuh rumpai laut ekali lagi, lebih kurang 2-3 kali.
(Air rendaman boleh digunakan untuk merendam kaki atau dijadikan mandian)
- Campur
rumpai laut dengan 1.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
(saya selalu campur dengan 2.5 liter air atau sampai rumpai laut hampir
cair, lebih banyak dan lebih jimat. Rumpai laut akan mengeras lepas
disejukkan dalam peti sejuk)
- Ketika
merebus, boleh letak daun pandan untuk hilangkan bau hanyir.
- Jika ingin
membuat masker, asingkan siap-siap satu bekas untuk anda. Baki rumpai laut
bolehlah dicampur dengan gula batu atau perasa pilihan masing-masing atau
dibiarkan kosong begitu sahaja.
- Sejukkan
dalam peti sejuk.
- Ketika
hendak makan, bolehlah ambik 3-4 sudu besar dan campurkan dengan air
kordial. Dicadangkan diambil ketika pagi sebelum makan dan malam sebelum
tidur.
atau
- Jika
anda telah mencampur dengan perasa pilihan, anda boleh letakkan dalam
bekas kecil-kecil (lebih mudah untuk dimakan dan dibawa bekal ke pejabat,
macam dadih atau puding)
- Selalunya
sepeket rumpai laut boleh bertahan selama sebulan, bergantung kepada
penggunaan. (Saya guna tidak sampai sebulan kerana selain minum, saya juga
guna sebagai masker dan sekali sekala letak di tumit untuk merawat tumit
merekah)
Cara kedua, jika anda boleh tahan dengan bau hanyir rumpai laut dan ingin lihat
kesan dengan lebih cepat:
- Ulang
langkah di atas untuk langkah 1-3.
- Setelah
rumpai laut kembang, potong rumpai laut kecil-kecil
- Rumpai
laut yang telah dipotong boleh dicampur dengan air (seperti cincau), ulam
atau apa-apa makanan kesukaan yang sesuai
Pelbagai cara
sebenarnya yang boleh digunakan untuk menvariasikan rumpai laut ini, terpulang
kepada selera masing-masing :)
Antara tips
untuk nampak khasiat rumpai laut lebih berkesan:
- Elakkan
meminum kafein dalam tempoh 4 jam sebelum dan selepas mengambil rumpai
laut (lebih baik elakkan terus)
- Banyakkan
minum air kosong
- Lebih
berkesan jika diambil dengan VCO, vitamin C atau vitamin E
Good Luck!! :)